Archive for June, 2008

KAMAL KE UNITEN

Posted in Uncategorized on June 4, 2008 by izwar

Hek eleh… mamat ni dapat UNITEN pulak. So x pegi la MMU. HAHA

Pemergian beramai ramai

Posted in Personal on June 3, 2008 by izwar

Buat pertama kalinya, aku mengedit blog ini dalam bahasa ibunda. Hari ini dalam sejarah. Kami berenam telah ke food village, menikmati makanan yg diberi nama chim chum.Konon2nya bersempena utk meraikan pemergian salah seorang dari kami ke ipts. Sejurus selepas itu terus ke pusat snooker.

Apa yg ingin aku hebahkan adalah pemergian rakan rakanku ke ipta dan ipts. Agak sedih utk meninggalkan rakan-rakan yg aku rasakan sudah sebati dgn diri. Ahmad Fadil sudah berada di Unisel(amik course biotek) di saat ini, pergi tanpa memberitahu khabar(dan sekarang tiap2 malam dah online, tiba2 jadi lebih maju dari biasa). Syawal hafriz telah menolak tawaran mara ke kyuem, sekarang sedang menunggu penganugerahan biasiswa Bank Negara. Berkemungkinan besar akan ke KTJ. Syawal adalah individu paling lewat akan ke program a level(bulan Ogos). Kua pula telah menolak tawaran petronas, dan telah meletakkan arah kiblatnya ke kyuem, untuk menjadi seorang aktuari. Rashdan pula ke uitm machang, dgn mengambil jurusan diploma perniagaan. Kamal 2 3 hari lagi bakal ke MMU. Kalau surat appeal nye utk ke Uniten x dibalas, maka bye2 lah kepada Kamal seawal 8hb Jun. X lupa juga kepada Farisham, pelajar 11a1 yg membuat keputusan utk blaja di msia sahaja, iaitu di Uia. Akan berangkat barangkali sebelum 10 jun, sbb 10 jun tu tarikh registration la.Adlee Chan pula, barangkali akan ke Taylors University dgn jurusan perniagaan pada bulan Julai. X perlu risau sangat ttg adlee chan, sbb dia dah ade kilang.Habis belajar, boleh terus mewarisi perniagaan keluarga(KIlang Uniform). Syafiq zaim pula bakal ke oversea juga, manakala Zubair Faramir akan ke Uitm shah alam. Ramai lagi yg belum aku sebut namanya seperti mereka2 yg telah pergi menuntut ilmu lebih awal seperti Adey, Faiz dan Yatie. Setiap dari kami, mempunyai hubungan yg amat rapat, dan mempunyai cita masing2. Di satu saat, kita terpaksa berenggang buat seketika. Moga2 bila bertemu kembali, hubungan masih akrab spt sekarang. Aku abadikan saat bersama-sama rakan sebagai satu perkara yg amat berharga. Dari rakan aku belajar, dari rakan aku menjadi seseorang.

Buat diriku pula, senasib dgn kamal. Sama ada aku ke MMU pd 8hb Jun ini, atau ke Uitm. Biarlah masa membuat keputusan kepada diriku. Kerana kedua duanya, menawarkan kursus yg aku inginkan. Kalau aku ke MMU, maka lebih awal lah aku meninggalkan rakan2. Kalau ke Uitm, lama la sikit masa utk aku bersosial lagi. Buat terakhir kalinya, aku mengucapkan terima kasih kepada mereka2 yg telah membantu aku di saat memerlukan. Moga2 bila anda sudah berpangkat, bila anda sudah ada kuasa, bila anda berupaya untuk mencari wang ringgit… jangan lupa kan aku.. HAHAHAHA. Jangan kerana memuja bintang di langit, rumput di bumi dilupakan. Jangan kerana kekayaan dan wanita, persahabatan kita gadai. LOL ADIOS